Sepertiga Malam oleh Salsabila Mohd Rashid
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Mahukah dikau tahu
rahsianya malam?
Sepertiga
sepertiga
sepertiga malam.
Untuk apa sepertiga malam?
Sepertiga malam untuk Dia yang mencipta.
Tidak lama sebentar cuma
Hanya seketika, kejap sahaja, sebentar cuma
Bangunkanlah dari tidurmu, bangunlah
Tinggalkanlah, tinggalkanlah gelap malam
Yang benar mengasyikkan
Tidakkah dapat kau lihat
Terangnya bulan
Sinarnya bintang
Indahnya alam?
Terang, teramat tenang
Sempurna masa
Untuk bertemu Al Khaliq
Mengadu, memuji, mengabdikan diri
Tunduk, sujud pada Ilahi
Zikrullah membasahi lidah
Munajat membersihi jiwa
Tapi mengapa, mengapa tidak?
Mengapanya sukar?
Sukar benarkah?
Sukar benarkah?
Sukar benar untuk bangun menghadap-Nya
Sedang Allah
Kasih Allah
Dari setiap hembusan nafas, dari setiap apa yang
Kita miliki
Semuanya, segalanya adalah dari-Nya
Dia tidak pernah lupa
Akan walau seorang
Walau di mana
Walau siapa
Walau sesaat
Kasih Allah tak bertepi
Kasih kita?
Buktikanlah, jika benar cinta
Lakukanlah, dengan ikhlas
Beribadahlah, jika kita hamba
Bukan pahala yang dicari
Tapi redhanya yang diingini
0 ulasan:
Catat Ulasan