Peserta PERISTIWA 2007
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dari pemerhatian saya peserta-peserta yang menyertai PERISTIWA 07 terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan sekolah kerana kemungkinan beasr pihak penganjur mengalakkan atau mentarget penyertaan dari golongan tersebut.
Saya sebagai ibu sepenuh masa yang berperanan membangun sikap atau character generasi akan datang, menyarankan agar akan datang program ini terbuka untuk golongan ibu bapa juga agar dapat membantu dan memberi panduan yang efektif kepada mereka.
Setelah beberapa bulan menjadi pembaca setia blog saifulislam.com saya dikejutkan dengan entry bahawa program PERISTIWA 07 akan berlansung di Perth. Dengan semangat yang membara untuk menyertai program ini saya bertanya kepada pihak penganjur untuk menyertainya. Alhamdulillah, saya dibenarkan dan berasa sangat bertuah menyertainya.
Alhamdulillah, walaupun saya bukan tergolong daripada golongan pelajar tetapi masih diberi kesempatan untuk menyertai program tersebut. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
0 ulasan:
Catat Ulasan