Terima Kasih PERISTIWA 07
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Walaupun secara pribadi saya telah mengucapkan terima kasih kepada ustaz Hasrizal, selali lagi ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kerana telah mengorbankan masa bersama keluarga ustaz sebaliknya untuk bersama kami di Perth.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya dapat mendengar 7 Habits of Highly Effective Mukmin dari Ustaz sendiri. Pengalaman menghadiri program ini menggalakkan saya untuk menukar sikap supaya lebih effective membangun diri saya sendiri seterusnya keluarga dan masyarakat. Saya memanjatkan do’a agar Allah akan menetapkan hati saya supaya kembali semula kepada fitrah asal untuk ke destinasi yang ingin dituju, iaitu Syurga.
Saya sangat terharu mendengar do’a yang dibaca oleh ustaz selesai solat dzuhur semalam. Cara Ustaz menterjemahkannya dari Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia sangat memberi kesan dalam hati saya. Du’a yang penuh bermakna mencakupi semua point2 yang ustasz sampaikan dalam program ini. Boleh tak ustaz mengirimkan do’a-do’a tersebut dikeluaran akan datang.
Masha Allah, program yang sangat istimewa dan patut dihadiri oleh semua orang yang ingin membuat perubahan di dunia ini. Peristiwa 07 akan menjadi ‘turning point’ dalam kehidupan saya.
Semoga Allah membalas jasa Ustaz dan pihak penganjur program ini terutama kakak-kakak yang memastikan kita mendapat hidangan yang menyelerakan. Teringat waktu makan besama-sama dalam dulang.
Sehingga berjumpa lagi kalau tidak di dunia ini, disyurga nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan